Rabu, 9 Januari 2013

Hadirnya Cinta


Tika ia hadir,
Aku terkesima, diam membisu tanpa bicara,
Tanpa ku undang ia bertamu di sudut paling dalam,
Merasa….sisipan kasih tercipta yang tidak ku pinta,
Sesaat hadir dan kekal selamanya..
Tika ia hadir,
Ku mohon petunjuk,  di kala malam yang dingin dan sepi,
Sujudku ada maknanya,
Di mana penghujungnya sebuah perasaan yang belum pasti,
Adakah nur yang akan menemani,
Perjalanan pada pengharapanku,
Di sini,
Aku bersendiri,
Masih mentafsir cinta yang hadir,
Tiada balasan namun ku menanti,
Ku rela lepaskan ia pergi,
Sesungguhnya andai dia jodohku,
Pasti ia tak akan ke mana,
Dan akan kembali ke padaku.
Amin Ya Rabbal Alamin..
Berikan aku petunjuk….

Selasa, 8 Januari 2013

Renungan Kata Cinta~

Sahabatku..jika kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu dalam erti kata lain, kamu bertepuk sebelah tangan..janganlah merasa tersisih. Jangan merajuk! Tiada salah menyintai seseorang keranag cinta tidak akan memberitahu di mana persinggahannya...
Jika kamu dicintai seseorang yang tidak cintai kamu cintai, anggaplah ia sebagai penghargaan tetapi jangan pernah sakiti hatinya dan kembalikanlah rasa cinta itu dengan jujur serta ikhlas agar dia memahami. Jangan lukakan hatinya dan jagalah maruahnya atas tolakan cintamu..
Jika kamu mempunyai perasaan yang sama dan saling jatuh cinta dengan orang yang menyintai diri kita 'BERSYUKURLAH' tetapi andai tiada JODOH dan cinta itu terpaksa pergi kerana tidak direstui, maka relakanlah pemergiannya kerana Allah lebih tahu CINTA yang terbaik untuk diri kita~
Jangan terlalu memilih walaupun kita mempunyai banyak pilihan. pastikan pilhan kita betul dengan lakukan isthikarah. Jangan hanya memandang paras rupa sedangkan dia tidak mampu untuk menjadi pemimpin keluarga dan imam dalam solat kita nanti. 
Cinta itu misteri..perlu dicari dan dimiliki...Jika pernah ada cinta yang hadir di hati kamu, sentiasalah bersyukur kerana itu tandanya ada orang yang sayangkan kamu walaupun kadangkala cinta itu tidak kesampaian. Semoga kita akan bertemu CINTA yang jujur, sejati dan ikhlas. sentiasalah berdoa agar dapat pilihan yang terbaik. Utamakanlah cinta kepada Allah dan insyaAllah kamu akan bertemu seseorang yang mencintaimu kerana diri-Nya. Aamin~

~Ku masih di sini~


Diari hatiku….ku luangkan masa untukmu…walau bertahun ku di sisimu,
Aku masih bersamamu, merasa susah dan kebimbanganmu,
Adakah berbaloi bagiku…
Kerana aku telah membahagiakan hidupmu..
tetapi ku payah menghadapi kehidupan..
namun ku teruskan perjuangan,
Mereka itu..
Buangkan prasangka..
Sesungguhnya aku masih kuat..
Kerana walau bersendiri kini,
Ku tabahkan hati, tangisku hanya d hati,
Keyakinan ku masih bersisa..namun suatu hari ku pasti kejar cita-citaku,
Mungkin jambatan kejayaan ku terlalu jauh..
Belum ku sampai ke hujungnya..
Semangatku masih bersemadi,
Pasti ia bangkit tatkala ku seru,
ku tahu ceritaku belum berakhir..
pasti ada penghujungnya..
ku pasti temui…
semua yang ku inginkan..
akan ia menjadi kebanggaan….
walau ku masih di sini..

2013 memunculkan diri

Walaupun sudah 8 hari di tahun 2013, tapi catatan ini merupakan catatan hari pertama di tahun baru..benar! Hari pertama di tahun baru..semangat waja perlu ada untuk meneruskan kehidupan. Syukur ya Allah, Engkau berikan aku peluang dan ruang untuk terus hidup di muka bumi ini. InsyaAllah aku akan terus berusaha menjadi seorang insan yang BERJAYA.  
Azam baru?pastinya ada. Apabila kita telah berazam maka berusahalah untuk merealisasikan impian...Jika ada azam tahun lepas yang masih belum tertunai, maka tunaikanlah pada tahun ini dengan usaha yang lebih berganda. Mungkin tahun lalu, BELUM ADA REZEKI dan Allah pasti tahu yang terbaik untuk diri kita...kita perlu terus berusaha, doa dan tawakkal dalam mencapai cita-cita.
Tanamkan azam dan jangan mengeluh. kita perlu menjadi seseorang yang lebih baik daripada masa lalu. Tiada istilah 'jalan pintas' untuk berjaya. Pasti ada cabaran dan liku-liku kehidupan yang akan dilalui. Kalau pernah tersungkur, bangunlah!...kalau pernah kecewa, lupakanlah!..kalau pernah terluka, ubatilah! pasti anda akan dipandang 'BIJAK' jika berjaya membawa diri keluar dari 'KEGAGALAN'. Kegagalan itu umpamakan sebagai alasan untuk meraih kejayaan pada masa akan datang. Azamku tahun ini?mestilah ada..InsyaAllah akan realisasikannya berbekalkan semangat, keyakinan dan kesungguhan yang tinggi...Selamat berazam~Wassalam~