Wanita...andai kau bukan Si Cantik di hadapan manusia, ingatlah Allah akan memandangmu sebagai cantik jika kau menjaga akhlak dan peribadimu sebaiknya..Walau kau sering kedengaran berkata begini "Aku sedar siapa aku, kadang aku rasa tidak diperlukan pun..kalau mereka memandang paras rupaku yang tidak cantik ni, aku sering dijauhkan dan tidak mendapat perhatian..tapi bagi mereka yang memahami dan menilai siapa aku, pasti ada rasa hormat dan hargai kewujudan aku...aku bukan minta penghormatan atau penghargaan tapi biarlah memandang aku sebagai manusia yang punya hati dan perasaan..Kadang aku sedih, aku bukan minta dipandang cantik tapi aku minta diberi peluang..Aku juga insan yang punya impian dan cita-cita walaupun aku tiada rupa...Potensi yang ada pada diri perlu diiringi dengan sokongan..Ya sokongan dari insan sekeliling..Jangan pilih kasih kerana Allah tidak pandang pun rupa kita, yang penting HATI..Semua ciptaanNya cantik..Syukur ya Allah..hanya diriMu yang memahami..."
Oleh itu, wanita sedunia yang merasa diri "bukan Si Cantik" sentiasalah minta kekuatan kerana kamu wanita adalah srikandi! Jika bukan untuk orang lain, jadilah srikandi kepada diri sendiri..Perjuangan mesti diteruskan..Kamu pasti boleh berjaya sama seperti orang lain..Usah bersedih wahai wanita "bukan si Cantik" kerana bagi sesetengah orang cantik itu bersifat subjektif.."Cantik bila kau tersenyum", "Cantik bila kau berkeyakinan" dan "Cantik kerana sifat kesopanan"....Tempuhilah hidup ini dengan penuh keceriaan, ketabahan dan kesabaran..Semoga kau berjaya di dunia dan akhirat...Amin.
~Tetap bersyukur dengan kurniaanNya~Cik Pen.
~Tetap bersyukur dengan kurniaanNya~Cik Pen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan