- Setia..tiada lagi keraguan bahawa dialah satu-satunya cinta anda.
- Jujur...berkata benarlah dengannya..terangkan jika dia berasa curiga.
- Amanah...Jika dia meminta anda merahsiakan sesuatu perkara, jagalah sebaiknya terutama jika melibatkan maruah.
- Prihatin..Ambil tahu tentang dirinya walaupun kadangkala anda sibuk..jangan lupa bertanya khabarnya.
- Ambil berat..ambil beratlah tentang dirinya, tahu apa yang berlaku kepadanya terutama jika dia sangat memerlukan seorang pendengar yang setia.
- Elak ambil kesempatan...Jangan ambil kesempatan dengannya. Jaga tingkahlaku anda dan jangan jadi pisau cukur.
- Menjaga hubungan dengan sebaiknya..Jika anda sedang bercinta, jagalah dia seperti anda menjaga diri anda sendiri..
- Saling menghormati...Sikap ini perlu disematkan dalam diri pasangan masing-masing. Jangan campurkan hal peribadi dan kerja dalam perhubungan. Jika dia mengatakan sibuk dengan kerja, hormati keputusannya.
- Menghargai..anda sudah berjaya bercinta dengannya. Jadi hargailah dia kerana dirinya terasa amat berharga dengan adanya anda.
- Bersifat memerlukan..anda dan si dia akan saling memerlukan. oleh itu, saling melengkapilah antara satu sama lain.
Lakaran Suka Duka Kehidupan ~Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama~
Rabu, 9 Januari 2013
BILA ANDA BERCINTA~~~
BERCINTA...pasti semua orang ingin bercinta dengan seseorang yang dicintai dan disayangi. seharusnya apabila bercinta anda perlulah:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan